Thursday, May 22, 2008
Mkini- ISA Mengganas Lagi
ISA Mengganas Lagi!! Dipukul hingga Lumpuh ?
Tarikh : Thursday, May 22 @ 14:06:59 MYT
Topik : Artikel
Oleh Malaysiakini
Seorang surirumah mendakwa suaminya didera dan gagal
dirawat dengan rapi sewaktu ditahan bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sehingga mengalami
kelumpuhan.
Dalam laporan polisnya hari ini, Sharmila Uthiakumar
mendakwa pasangannya Sanjeev Kumar Krishnan dibelasah
dalam tempoh siasatan selama 55 hari sejak 28 Julai
tahun lepas.
"Bahagian badan dan kepala beliau ditumbuk dan
ditendang dengan kasut. Bahagian tulang beliau
ditendang beberapa kali dengan menggunakan kaki.
"Kaki kiri dan tangan kiri beliau dipukul beberapa
kali dengan menggunakan objek yang keras seperti kayu.
"Selain itu, beliau juga selalu dipukul dengan
menggunakan botol yang berisi air," kata Sharmila
dalam aduannya di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi,
Kuala Lumpur pagi ini.
edyes wrote:
apa nak jadi nie? sampai lumpuh !!
Pertama sekali perkara ini harus disiasat terperinci.
bukan oleh polis yang 'sentiasa betul' tetapi oleh
sebuah badan bebas.
Sekiranya laporan ini sahih, sekiranya post mortem
menunjukkan memang benar lelaki ini didera sewaktu di
tahanan ISA, siapakah yang akan menjawabnya?
Siapakah yang akan jawab kejadian ini dan siapa yang
akan bertanggungjawab? ? Polis? Paklah ? Tun Mahathir?
Ini soal kehidupan, lebih baik mati dari menderita
kerana lumpuh !
ISA harus dimansuhkan !
Kekejaman ini harus lenyap dari bumi Malaysia !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment