Monday, May 19, 2008

Hrkh: Penindasan ISA - Rakyat harus berani hentikan kezaliman BN

Anis Nazri
Fri | May 16, 08 | 11:05:37 am MYT

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Rakyat negara ini perlu berani membuat anjakan paradigma dalam menyatakan sokongan bagi membantah kezaliman dan kejahatan ISA, yang digunakan sejak zaman penjajahan dulu.

Malah, rakyat juga diminta supaya membebaskan minda dari kongkongan BN selama 50 tahun agar lebih berani menyuarakan hak masing-masing serta mengambil tahu penderitaan orang lain yang dicabuli oleh ISA.

Pengarah Kempen Bebaskan Enam Tahun ISA, Norlaila Osman, berkata masih ada rakyat yang belum berfikiran moden dan bimbangkan pihak penguasa, kesan 50 tahun pemerintahan BN.

Mengulas kempen GMI yang dilancarkan sejak April lalu, Norlaila yang dihubungi Harakahdaily berkata bagi kempen 'Letter Signing Marathon', GMI telah berjaya mengutuskan enam ribu pucuk surat yang dihantar ke Kementerian Dalam Negeri dan Suruhanjaya Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, di Switzerland, manakala, bagi kempen 'Petition Online', sebanyak 3039 tandatangan orang ramai sudah direkodkan.

Dalam pada itu, Norlaila turut memaklumkan bahawa GMI kini dalam peringkat kempen poskad, yang kemudiannya akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Walaupun kempen poskad sudah bermula, orang ramai masih boleh menyatakan sokongan melalui 'letter signing marathon' dan 'petition online'. Bagi mereka yang ingin menandatangani poskad, ia boleh didapati daripada wakil rakyat-wakil rakyat Pakatan Rakyat," jelas beliau.

Dalam perkembangan sama, GMI dengan kerjasama GMI Perak akan menganjurkan kempen 'vigil' pada 7 Jun akan datang, yang akan diadakan di Kem Kamunting, Taiping, Perak. - mr

No comments: