Ustaz Zainudin Hashim Foto Nasir Sudin
Fri Jul 04, 08 12:24:38 pm MYT
Source - harakahdaily.com
Rasulullah s.a.w. ada bersabda maksudnya: "Sesiapa yang memisahkan seseorang, maka dia bukan daripada golonganku."
Hadis sohih riwayat at-Tabarani daripada Ma'qal Bin Yasar, sabda baginda lagi: "Sesiapa yang memisahkan ibu daripada anaknya, maka Allah akan pisahkan (orang yang bertindak demikian) antara dia dengan seluruh anggota yang dikasihinya pada hari kiamat." - Hadis sohih riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi dan al-Hakim daripada Abu Ayyub.
Kedua-dua hadis ini menunjukkan satu ketegasan terhadap perbuatan memisahkan antara seseorang dan orang yang dikasihinya (ahli keluarga seperti isteri, suami, anak-anak) yang dianggap satu tindakan kejam dan pelakunya dianggap sebagai penjenayah, sebab itu baginda tidak memperakui sebagai umatnya pada hari kiamat.
Inilah yang berlaku kepada sistem pentadbiran negara yang berorientasikan Sekularisme yang bertindak zalim ke atas mangsa-mangsa tahanan ISA yang ditahan tanpa bukti kukuh yang disabitkan oleh mahkamah.
Tindakan tidak berperi kemanusiaan itu mengakibatkan pelaksana undang-undang itu ditolak baginda Rasulullah s.a.w. sebagai umatnya pada hari kiamat, akhirnya tidak mendapat sebarang pembelaan untuk mendapatkan syafaat baginda.
Terbaru berita mengenai seorang tahanan ISA yang masuk tahun ketujuh, Shahrial Sirin yang tidak sempat melihat anaknya Almarhumah Aina Mardiah Shahrial buat kali terakhir sebelum menghembuskankan nafasnya di Hospital Kajang kerana tindakan birokrasi yang menghalang ketibaan Shahrial tepat pada waktunya.
Sudahlah beliau ditahan selama tujuh tahun yang sudah lama terpisah dengan keluarga termasuk isteri dan anak-anak, malah tidak berkesempatan untuk menatap wajah anaknya buat kali terakhir (ketika sedang nazak) sebagai penghormatan kasih sayangnya terakhir sebagai kenangan pahit dalam hidupnya.
Apapun kepada pihak berkuasa, tindakan yang dilakukan itu dengan menahan mangsa tanpa bukti, malah tidak disabitkan kesalahan mereka di mahkamah, mereka akan menjadi golongan yang muflis pada hari akhirat.
Inilah golongan yang mana segala kebaikan pahala mereka di dunia walau sebesar Gunung Uhud sekalipun, tetapi jika tidak mendapat kemaafan daripada mangsa, atau kaum kelurganya yang terdekat, maka pahala yang dilakukan itu akan dipindahkan kepada mangsa, dan akhirnya akan dicampakkan dalam api neraka. Maka sama-samalah kita renung ancaman baginda tersebut. - lanh _
Friday, July 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment